SOALAN LAZIM (FAQ)

Acara KL Car Free Morning kini dibuka kepada yang berdaftar sahaja, penyertaan adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat di www.klcarfreemorning.my

Acara ini akan diadakan setiap Ahad pertama dan ketiga setiap bulan, akan tetapi tertakluk kepada keputusan Ahli Jawatankuasa Acara. Pengumuman akan dibuat dari masa ke semasa.

Jalan utama KL Car Free Morning akan ditutup selama 2 jam, dari 7.00pagi sehingga 9.00pagi. Akan tetapi jalan akan dibuka berperingkat bermula 8.45pagi.

Anda boleh berkayuh, berlari, berjalan, kasut roda, papan luncur beroda, kerusi roda juga lain-lain yang tidak menggunakan enjin bermotor menggunakan minyak petrol ataupun diesel.

Acara sekarang adalah acara tertutup dan ianya adalah terhad dan perlu mendaftar jika ingin menyertai.

Slip pengesahan tidak boleh ditukar ganti. Sila ke kaunter sekretariat untuk pertukaran.

Jika pendaftaran telah dibuat, peserta akan diberikan lokasi pendaftaran ‘Station 1- Dataran DBKL dan Station 2- Dataran Merdeka. (Pengesahan di Confirmation Slip) Sila pastikan lokasi anda yang ditetapkan untuk mendapatkan gelang acara (Wrist Tag).

Boleh, sekiranya anak melebihi 18 tahun ke atas, ibubapa/penjaga perlu mendaftar.

Hanya ibubapa yang berdaftar sahaja yang mendapat bib penyertaan. Senantiasa anak-anak berada berdekatan dengan ibubapa bagi memudahkan pengecaman.

Menara DBKL 1, menyediakan kawasan parkir dalam bangunan akan tetapi amat terhad, jika ingin maklumat lanjut sila ke laman web rasmi www.klcarfreemorning.my

Hadiah cabutan bertuah akan diumumkan melalui atas talian. Nombor cabutan anda berada di gelang acara (Wrist Tag). Lokasi pengambilan akan dimaklumkan.

Jika anda terlibat dengan penutupan jalan, dan perkara mustahak sedang berlaku, sila bertemu Pegawai Penguatkuasa, Polis ataupun Marsal bertugas yang berdekatan untuk bantuan.